SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Jumaat, Ogos 04, 2006

CARA MATI ..ADAKAH MENENTUKAN CARA DIHIDUPKAN?


Persoalan ini sering timbul apabila seseorang itu dikatakan baik apabila mati pada hari Jumaat,atau mati di Mekah atau sebagainya yang merujuk pada tempat-tempat yang baik,manakala mati terbakar,kemalangan,terbunuh atau sebagainya ,kurang baik.
Apabila sebuah Pesawat terhempas dan meletup?Apakah yang berlaku?Orang ramai akan bergegas ke sana,dengan pebagai niat.Ada yang mahu menyelamatkan,ada pula yang ambil kesempatan.
Bagaimana pula jika pesawat mainan terhempas lalu terbakar?Kita hanya bersorak sahaja melihat.
Mari kita lihat pada nilai kedua-dua pesawat itu.Pesawat yang pertama amat berharga dan dinaiki oleh orang-juga aset berharga-nyawa dan membawa barang2 yang berharga,manakala pesawat mainan hanya diabaikan begitu sahaja.Banyak di kedai dan boleh diganti bila-bila masa.Walaupun dalam keadaan Terbakar atau meletup yang dinilai adalah ..Apa isinya?

Begitulah manusia bukan Kejadian mati yang Utama,tetapi..SIAPA KITA SEBELUM MATI?
Kalau sebelum mati dia seorang yang derhaka pada Allah,walau mati pada hari jumaat sekalipun tetap akan dinilai keadaan sebelum matinya dia,begitu juga seorang hamba yang taat pada Allah,walau mati ditimpa kemalangan sekalipun tetap akan dinilai amalan semasa jangka hayatnya.
" Hidup Betul-Betul atau Betul-betul hidup"
Cara mati bukan Penentu cara seseorang dibangkitkan diakhirat kelak,tapi..Iman,amal dan Taqwa sebagai penentu.
Buat Pilihan Biarlah Betul..

Tiada ulasan: