SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sabtu, Januari 29, 2011

Buku bagus yang jarang dijumpai

Buku 'The Leader In Me',sangat praktikal dibaca oleh semua

Khamis, Disember 24, 2009

Terus tambah ilmu!

Tinggal 2 minggu lagi sekolah akan dibuka.Nil akan bersekolah di SRAB,Bukit Siput, manakala Irfan di Pra Sekolah SKSB.Moga mereka bertambah matang dalam pergaulan.

Mesyuarat Guru pula akan bermula pada 29 Dis.ini.

Apa yang diharapkan ialah ..saya terus menimba ilmu!

Selasa, Disember 26, 2006

Kena Fikir Kaedah P & P Jawi

Seronok juga bila jadi kanak-kanak semula,menyanyi dan bermain.Bagi murid-murid lemah memang inilah kaedah yang sesuai dilakukan selain bercerita.
Kesungguhan dalam penyampaian adalah penting bagi membina konsep-MENANG- MENANG.

Sabtu, September 30, 2006

Ubah masa masak

Ramadhan kali ini nak ubah strategi sikit.Kalau tahun lepas jam 5 start memasak.Kali ini jam 6 baru start.
Mudah-mudahan dengan cara ini tiada pembaziran makanan dan lebih pada menghayati ibadah.

Ahad, September 03, 2006

Ramadhan makin hampir


Moga Ramadhan kali ini dapat diisi dengan amalan yang berkualiti,bukan hanya yang banyak kuantiti.

Jumaat, Ogos 04, 2006

CARA MATI ..ADAKAH MENENTUKAN CARA DIHIDUPKAN?


Persoalan ini sering timbul apabila seseorang itu dikatakan baik apabila mati pada hari Jumaat,atau mati di Mekah atau sebagainya yang merujuk pada tempat-tempat yang baik,manakala mati terbakar,kemalangan,terbunuh atau sebagainya ,kurang baik.
Apabila sebuah Pesawat terhempas dan meletup?Apakah yang berlaku?Orang ramai akan bergegas ke sana,dengan pebagai niat.Ada yang mahu menyelamatkan,ada pula yang ambil kesempatan.
Bagaimana pula jika pesawat mainan terhempas lalu terbakar?Kita hanya bersorak sahaja melihat.
Mari kita lihat pada nilai kedua-dua pesawat itu.Pesawat yang pertama amat berharga dan dinaiki oleh orang-juga aset berharga-nyawa dan membawa barang2 yang berharga,manakala pesawat mainan hanya diabaikan begitu sahaja.Banyak di kedai dan boleh diganti bila-bila masa.Walaupun dalam keadaan Terbakar atau meletup yang dinilai adalah ..Apa isinya?

Begitulah manusia bukan Kejadian mati yang Utama,tetapi..SIAPA KITA SEBELUM MATI?
Kalau sebelum mati dia seorang yang derhaka pada Allah,walau mati pada hari jumaat sekalipun tetap akan dinilai keadaan sebelum matinya dia,begitu juga seorang hamba yang taat pada Allah,walau mati ditimpa kemalangan sekalipun tetap akan dinilai amalan semasa jangka hayatnya.
" Hidup Betul-Betul atau Betul-betul hidup"
Cara mati bukan Penentu cara seseorang dibangkitkan diakhirat kelak,tapi..Iman,amal dan Taqwa sebagai penentu.
Buat Pilihan Biarlah Betul..